Login With Facebook

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Tampilkan postingan dengan label Puisi cinta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Puisi cinta. Tampilkan semua postingan

25 NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM


Dengan apa yang telah diterangkan oleh AL-Quran berhubung dengan Luqman Al-Hakim para ulamak telah memperincikan lagi perbicaraan Luqman dengan anak-anaknya. menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Ruhul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mustarsyidin bahawa Luqman telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu :

1.       Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak  manusia yang karam di dalamnya.  Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2.       Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua.

3.       Hai anakku!  Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

4.       Hai anakku!  Seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

5.       Jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.

6.       Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka.  Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah S.W.T.

7.       Hai anakku! Seseorang pendusta itu akan lepas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang, dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahwa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

8.       Hai anakku!  Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat, tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9.       Hai anakku!  Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat.  Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sajalah yang menjadi utusan.

10.   Jauhilah sejauh-jauhnya sifat berdusta, sebab berdusta itu ketika sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan akibatnya dan bahayanya amat besar.

11.   Hai anakku!  Bila engkau menghadapi dua pilihan, menziarahi orang mati atau menghadiri mailis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati.  Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja.

12.   Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.   Hai anakku!  Janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya.  Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan belum tentu yang pahit itu mendatangkan musibah.

14.   Makanlah makananmu bersama-sama orang yang takwa, dan musyawarah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

15.   Hai anakku!  Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya.  Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya.

16.   Hai anakku!  Apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya.  Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

17.   Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

18.   Hai anakku!  Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

19.   Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh.

20.   Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri.  Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

21.   Hai anakku!  Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja.  Tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

22.   Hai anakku!  Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

23.   Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

24.   Hai anakku!  Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

25.   Hai anakku!  Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat.  Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain.  Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan aniayakan diri kamu.


Wallahu'alam

BERSEDIAKAH ANDA?


Islam menekankan bahawa kesedaran dan persediaan seseorang bagi alam akhirat itulah yang menentukan kebijaksanaannya.

            “Orang yang benar-benar bijak ialah yang berjaya mengawal nafsunya dan bersedia untuk kehidupan setelah kematian.”

Ada sebuah kisah mengenai Bahlul, seorang yang bersifat sederhana sehingga dipandang remeh oleh masyarakat.  Khalifah Harun al-Rasyid memberi kelonggaran kepadanya untuk masuk ke istana, barangkali kerana sikap Bahlul yang pandir itu menjadi hiburannya.  Pada suatu hari, Khalifah memberi Bahlul sebatang tongkat seraya berkata, “Tongkat ini ialah untuk orang yang paling bodoh di dunia.  Kalau kamu menjumpai seorang yang lebih berhak memilikinya daripada diri kamu, serahkanlah tongkat itu kepadanya.”  Beberapa tahun kemudian, Khalifah jatuh sakit sehinggakan tiada ubat yang dapat menyembuhkannya.  Bahlul menziarahi beliau dan menanyakan akan keadaannya.  Beginilah lebih kurang perbualan mereka:

Harun  :  Tiada penawar yang dapat memulihkanku.  Aku sudah terbayangkan jalan penghabisan yang terbentang di hadapan.
Bahlul  :  Kemana Tuan akan pergi?
Harun  :  Aku akan melangkah ke Dunia Lain.
Bahlul  :  Berapa lamakah Tuan akan tinggal di sana? Bilakah Tuan akan pulang?
Harun  :  Tiada sesiapa pun yang akan pulang dari Dunia itu.
Bahlul  :  Kalau begitu, tentu Tuan sudah membuat persiapan awal.  Apakah Tuan sudah mengirimkan pasukan pengawal yang akan menjaga Tuan di sana?
Harun  :  Bahlul, kita perlu ke sana bersendirian. Dan tidak, aku tidak membuat sebarang persiapan.
Bahlul  :  Amir-ul-Mu’minin! Tuan selalunya mengerahkan askar untuk membuat persiapan teliti untuk pengembaraan Tuan ynag hanya beberapa hari lamanya. Sekarang Tuan hendak perggi ke tempat di mana Tuan akan tinggal selamanya sedangkan Tuan belum membuat apa-apa persiapan!  Saya rasa saya telah menjumpai orang yang lebih berhak memiliki tongkat yang pernah Tuan berikan kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Kita mungkin bukan raja tetapi kita juga merancang perjalanan kita yang selama beberapa hari dengan penuh ketelitian. Bagaimana kalau kita turut membuat persiapan lengkap untuk penghijrahan kita ke alam abadi?  Bagaimana kalau kita menjadikan alam akhirat sebagai sandaran perjuangan kita di dunia ini?

Kalau kita benar-benar mengambil berat terhadap kehidupan yang menanti di akhirat, kehidupan kita di dunia ini akan menjadi lebih bermakna.  Dunia ini adalah jerat.  Di dunia, kita tidak dihukum serta-merta apabila melakukan dosa.  Ini membuat kita tidak serik dan lupa bahawa kita tidak dapat lari dari ‘azab Allah SWT.  Mengingati kematian dapat menyelamatkan kita dari perangkap tersebut.  Seseorang yang mengingati bahwa beliau akan bertemu Penciptanya kelak untuk diadili tentu tidak tergamak mendurhakai Tuhan!

Kematian merupakan noktah dalam bicara keduniaan. Mengingati kematian pula dapat menginsafkan kita akan hakikat kehidupan dunia dan akhirat.  Sebelum terlambat.

Hanya orang yang benar-benar bijak sahaja yang berjuang setiap hari dalam hidupnya seolah-olah esok ajalnya akan tiba.

SECANGKIR TEH HANGAT BUAT TUHAN

Ku biarkan jiwaku mengalir
Perlahan melewati arus waktu, dalam
Detik demi detik menembus cakrawala. Hingga kealam baqa. Mungkinkah ?...
Ku kenali dunia itu hampa tanpa suara dan
Udara atau bahkan apa pun juga
Hanya ada kebisingan yang tak ku kenali
"Di manakah Kau Tuhan ?" bisik keraguanku
Seraya berpaling pada
Keimana yang terbungkam
Tiba-tiba ada suara laksana firman
Yang menggetarkan isi hatiku
"Tak usah kau mengikuti keraguanmu
Sampai kedunia kesesatan"
Tuhanmu tidak pergi jauh, Ia ada dalam hatimu, jiwamu, dan dalam pribadimu.
Sejenak ku berpikir mungkinkah
Tuhan itu aku ? Ah…menyesatkan.
"Benarkah ?". Bisik keraguanku seraya
Histeris dalam ekstase
"Wahai yang tujuan hidupku hanya pada-Mu
Aku telah pergi jauh sampai keneraka kesesatan
Hanya untuk mencari-Mu
Sampai-sampai perbekalanku habis. Lihatlah !!..
Yang tersisa hanya sepotong roti keimanan
Yang mungkin itu juga sudah basi.
Marilah ke sini, wahai luapan rinduku
Kita bernostalgia menghempaskan rasa rindu


Sambil menikmati sepotong roti dan
Secangkir teh hangat yang kubuat
Dari darah dan dedak-dedak ruhku yang
Mungkin terasa hambar oleh noda dan dosa. Tapi,
biarlah sembahyang dan
istigfar mungkin Akan jadi pelengkapnya".
Tuhan aku ingin bercerita pada-Mu
Jika Kau menganugrahiku umur yang panjang. Maka, aku akan menolaknya
Jika Kau menyediakan satu ruangan di surga
Untuk tempat istriahatku kelak.. Maka,
aku akan tetap menolaknya. Tapi,
jika Engkau memberi tau sesuatu yang
Belum aku ketahui dari-Mu
Maka, itulah tujuanku".

2008

KUTULIS UNTUKMU SAHABAT

Angin tua menampar mukaku
Saat ku kunjungi hatimu
Memar merah jiwa ini
Sempoyongan terampun-ampun

Dengan tergopoh-gopoh
Ku titipkan rasa ini
Pada helaian tak berbaris
Barang kali dihari nanti
Engkau sempat membacanya

Bandung 2008

SERPIHAN-SERPIHAN HARAPAN

DIMATAMU TERSIMPAN
SERPIHAN-SERPIHAN HARAPAN

Dalam setiap ku menatapmu
Teronta rasa dalam kalbu
Membujuk jiwa yang membisu
Untuk bilang aku rindu

Dalam setiap ku menatapmu
Tersemikan harapan rindu
Mewangi di lubuk jiwa
Menggelora bangkitkan asa

Walau waktu bergegas pergi
Memisahkan jarak kita berdua
Namun bayangmu selalu lengkap di mata
Menari di atas panggung sunyi

Dalam setiap ku menatapmu
Ku tau aku masih mencintaimu
Dalam setiap kehampaan waktu
Ku tau aku masih merindukanmu


Bandung 2008