Login With Facebook

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

BERSEDIAKAH ANDA?


Islam menekankan bahawa kesedaran dan persediaan seseorang bagi alam akhirat itulah yang menentukan kebijaksanaannya.

            “Orang yang benar-benar bijak ialah yang berjaya mengawal nafsunya dan bersedia untuk kehidupan setelah kematian.”

Ada sebuah kisah mengenai Bahlul, seorang yang bersifat sederhana sehingga dipandang remeh oleh masyarakat.  Khalifah Harun al-Rasyid memberi kelonggaran kepadanya untuk masuk ke istana, barangkali kerana sikap Bahlul yang pandir itu menjadi hiburannya.  Pada suatu hari, Khalifah memberi Bahlul sebatang tongkat seraya berkata, “Tongkat ini ialah untuk orang yang paling bodoh di dunia.  Kalau kamu menjumpai seorang yang lebih berhak memilikinya daripada diri kamu, serahkanlah tongkat itu kepadanya.”  Beberapa tahun kemudian, Khalifah jatuh sakit sehinggakan tiada ubat yang dapat menyembuhkannya.  Bahlul menziarahi beliau dan menanyakan akan keadaannya.  Beginilah lebih kurang perbualan mereka:

Harun  :  Tiada penawar yang dapat memulihkanku.  Aku sudah terbayangkan jalan penghabisan yang terbentang di hadapan.
Bahlul  :  Kemana Tuan akan pergi?
Harun  :  Aku akan melangkah ke Dunia Lain.
Bahlul  :  Berapa lamakah Tuan akan tinggal di sana? Bilakah Tuan akan pulang?
Harun  :  Tiada sesiapa pun yang akan pulang dari Dunia itu.
Bahlul  :  Kalau begitu, tentu Tuan sudah membuat persiapan awal.  Apakah Tuan sudah mengirimkan pasukan pengawal yang akan menjaga Tuan di sana?
Harun  :  Bahlul, kita perlu ke sana bersendirian. Dan tidak, aku tidak membuat sebarang persiapan.
Bahlul  :  Amir-ul-Mu’minin! Tuan selalunya mengerahkan askar untuk membuat persiapan teliti untuk pengembaraan Tuan ynag hanya beberapa hari lamanya. Sekarang Tuan hendak perggi ke tempat di mana Tuan akan tinggal selamanya sedangkan Tuan belum membuat apa-apa persiapan!  Saya rasa saya telah menjumpai orang yang lebih berhak memiliki tongkat yang pernah Tuan berikan kepada saya beberapa tahun yang lalu.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Kita mungkin bukan raja tetapi kita juga merancang perjalanan kita yang selama beberapa hari dengan penuh ketelitian. Bagaimana kalau kita turut membuat persiapan lengkap untuk penghijrahan kita ke alam abadi?  Bagaimana kalau kita menjadikan alam akhirat sebagai sandaran perjuangan kita di dunia ini?

Kalau kita benar-benar mengambil berat terhadap kehidupan yang menanti di akhirat, kehidupan kita di dunia ini akan menjadi lebih bermakna.  Dunia ini adalah jerat.  Di dunia, kita tidak dihukum serta-merta apabila melakukan dosa.  Ini membuat kita tidak serik dan lupa bahawa kita tidak dapat lari dari ‘azab Allah SWT.  Mengingati kematian dapat menyelamatkan kita dari perangkap tersebut.  Seseorang yang mengingati bahwa beliau akan bertemu Penciptanya kelak untuk diadili tentu tidak tergamak mendurhakai Tuhan!

Kematian merupakan noktah dalam bicara keduniaan. Mengingati kematian pula dapat menginsafkan kita akan hakikat kehidupan dunia dan akhirat.  Sebelum terlambat.

Hanya orang yang benar-benar bijak sahaja yang berjuang setiap hari dalam hidupnya seolah-olah esok ajalnya akan tiba.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar